26 September 2011

Ulasan Buku Tiga : Menuju PAS Baru (Krisis, Peluang dan Dinamisme)

Assalamualaikum! Kabare semua?

Pengenalan


Kesedaran berpolitik khususnya dikalangan anak muda semakin "haus", bukan kerna kehausan di gurun sahara atau haus di malam hari, tetapi haus bak bunga tayar yang semakin nipis. Kenapa aku katakan demikian? Sebab kekhilafan ketika menafsir definisi istilah politik itu sendiri menyebabkan anak-anak muda semakin merenggangkan diri dengan politik.

Kebanyakkan mereka berfikiran yang politik itu kotor, penuh dengan muslihat bak ular membelit mangsanya, korup, dan sebagainya. Padahal mereka lupa yang dalam Islam sendiri telah menganjurkan sistem politik yang terbaik dari ladang, berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah. Jika tak bagus masakan Nabi Muhammad s.a.w berjaya menubuhkan Negara Islam Madinah? tak gitu?

Ulasan buku tiga kali ini membawakan sebuah buku tulisan Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga merupakan anak kepada Haji Yusof Rawa, bekas Presiden Pas.

Muka Hadapan


Lekuk S

Sebagai mana yang dikisahkan di dalam kata pengantarnya, buku ini merupakan cetusan minda penulis sendiri, dimana ia menyebut :

"Sebahagian (isi buku ini) daripada tesis ijazah Doktor Falsafah saya yang mendapat kelulusan Senat Universiti Malaya pada 25.10.2007"
(ms 7, Prakata)

Walau bagaimanapun beliau turut menyebutkan tidak kesemua isi tesisnya dimasukkan ke dalam buku ini kerana tesisnya lebih berkisar mengenai PAS Melaka dan bagi memudahkan pembaca untuk  membacanya.

Dr Mujahid Yusof


Secara keseluruhannya, beliau menulis mengenai beberapa isu dan krisis yang pernah dan sedang dilalui PAS, bagaimana harus untuk tidak mengulangi krisis itu dan beberapa penambhbaikkan yang boleh dilakukan agar parti PAS sentiasa "laku" di pasaran politik Malaysia. Maka sebab itulah tajuk buku itu ditulis Krisis, Peluang dan Dinamisme.






Secara mudahnya, beliau menggambarkan ketiga-tiga unsur ini sebagai sebuah graf lekuk S dimana terdapat lekuk permulaan, lekuk peningkatan dan lekuk pengakhiran.


Lekuk S

Lekuk permulaan dikatakan bermula ketika PAS mula-mula ditubuhkan dan beberapa krisis dan isu wujud ketika itu telah membawa parti ini keperingkat kedua iaitu Lekuk Peningkatan.

Krisis atau isu bukanlah sesuatu perkara yang membawa kearah negatif, sebaliknya menurut Dr. Mujahid Yusof 

"setiap krisis dan isu itu sebagai perkara yang "menekan" sesuatu perubahan untuk terjadi. Tanpa krisis, manusia akan bersenang lenang dan tiada usaha untuk memajukan dan meningkatkan diri."

Ketika ini (Lekuk Permulaan) menurut buku ini PAS berhadapan dengan krisis era pra-kemerdekaan (sebelum merdeka) yang menyaksikan berkrisis dengan UMNO, salah sebuah parti yang berpengaruh kepada melayu dan islam ketika itu. Pada masa itu, orang melayu bergantung harap kepada UMNO dan masih tidak meletakkan harapan pada PAS kerana PAS dianggap parti serpihan UMNO iaitu dari ulama-ulama UMNO yang keluar dari parti itu kerana tidak yakin dengan perjuangan UMNO.

Selain itu, konflik dwikeahlian yang berlaku dimana setiap orang UMNO itu adalah orang PAS dan begitulah sebaliknya mmasih dijalankan. Akan tetapi ia telah ditangani dengan penetapan perlembagaan PAS yang digubal ketika itu dimana setiap ahli PAS tidak boleh menganggotai mana-mana parti politik lain.

Haji Ahmad Fuad
Dicatatkan juga oleh penulis, antara krisis kepimpinan awal yang berlaku ialah perletakkan jawatan Presiden PAS pertama, Tn Haji Ahmad Fuad kerana mengikut Dato Onn Jaafar menubuhkan Independence Malaya Party (IMP). Disebabkan itu, ahli PAS berada dalam keadaan umbang ambing kerana mereka tidak mempunyai calon yang bersesuaian. Tak bermaksud tidak ada langsung tetapi mereka memerlukan seseorang yang kuat dan boleh mengukuhkan perpaduan dikalangan mereka tambahan pula parti merek abaru ditubuhkan ketika itu.




Lekuk Peningkatan

Dato Asri Muda
Lekuk Peningkatan menyaksikan terdapat beberapa krisis yang dihadapi mereka. Jika Lekuk Permulaan menyaksikan PAS cuba menyingkirkan imej parti serpihan, Lekuk Peningkatan lebih melibatkan konflik kepimpinan. Penulis menyatakan ia dikatakan bermula dari kepimpinan Dato Asri. Konflik kepimpinan Dato Asri menyebabkan anggota PAS mendesak satu sitem kepimpinan baru diwujudkan, ditambah lagi oleh penulis:

"Maka, era kepimpinan ulama mula diperkenalkan pada Muktamar PAS Pusat 1982 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang disebabkan desakan (anggota PAS) supaya ditekankan  penghayatan Islam (dalam pentadbiran)"


Turut disebut, beberapa peristiwa yang berlaku terutamanya sekitar 1970 dan 1980 an yang menyemarakkan kepimpinan ulama dibuat seperti Revolusi Iran 1970.



Lekuk Pengakhiran

Diakhir bab dalam buku ini, Dr Mujahid menggariskan sedikit cadangan bagi meningkatkan Peluang dan mewujudkan Dinamisme (Perubahan) yang bagi aku boleh diamalkan dalam mana-mana sahaja terutama dalam kehidupan seharian kita, antaranya :


1. Menasionalkan PAS : Meskipun membawa nama islam, PAS perlulah memperlihatkan yang mereka masih boleh bertoleransi dengan bukan islam. Seperti kata penulis;


"Menjadikan PAS sebagai parti yang berpijak dalam kerangka negara bangsa dan bergerak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan 
(ms 134) 


Tambahnya jika gagal maka; 


"PAS masih lagi belum mampu menerajui politik negara ini kerana ciri nasionalnya yang belum kuat dan (tidak) menyakinkan rakyat Malaysia (memilihnya) 
(ms135)


*Kita juga seharusnya menjalankan pentadbiran atau mengamalkan hidup yang bersikap perpaduan bukannya perkauman. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t :

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenal..."
(Al-Hujurat 49,13)


2. Kepimpinan Inklusif bukan Eksklusif

Anggota PAS perlu mengubah persepsi bahwa hanya golongan tertentu sahaja yang layak mempimpin parti, misalnya hanya ulama dan ustaz sahaja. Mereka harus meninggalkan kasta ini jika mahu dilihat parti ini mudah didekati leh orang ramai.

*Begitu juga dalam kehidupan, jangan beranggapan kita sentiasa berada dipuncak dan bangga dengan apa yang kita miliki lantas melupakan orang dikeliling kita.


Pendapat Aku

Meskipun buku ini lebih memberatkan kepada parti PAS, tak salah rasanya kita membacanya bagi menambahkan pengetahuan kita disampiing meningkatkan pemahaman kita mengenainya. Banyak isi didalamnya boleh digunakan didalam kehidupan seharian kita. 


segala tulisan di atas adalah buah fikiran empunya blog ini, bukannya dipetik daripada blog-blog lain.   hak cipta terpelihara.


Tiada ulasan: